Friday, 18 May 2012

LANGKAH 3 - PERMAINAN KOTAK BERACUN

PERATURAN   PERMAINAN KOTAK BERACUN

1.  Terdiri daripada 5 hingga 8 orang pemain.
2.  Bina bulatan kecil mengikut bilangan pemain.
3.  Berdasarkan iringan muzik,sebuah kotak yang berisi soalan akan bergerak atau
     bertukar tangan mengikut bilangan pemain.
4.  Sebaik sahaja alunan muzik dihentikan,kotak beracun berkenaan akan dibuka oleh
     orang terakhir yang memegang kotak berkenaan.
5.  Terdapat beberapa soalan dalam kotak berkenaan & pemain pertama akan memilih
     satu soalan dari kotak itu dan menjawabnya.
6.  Selepas berjaya menjawab soalan,alunan muzik akan dimainkan semula & kotak
     beracun itu akan bertukar tangan.
7.  Proses ini akan berlanjutan sehingga soalan di dalam kotak beracun telah   
    selesai  dijawab.

ALATAN YANG DIGUNAKAN

1.  Kotak bersaiz sederhana untuk diisi kertas soalan yang dilipat.
2.  Helaian kertas berisi soalan yang telah dilipat.
3.  Bahan audio yang mengandungi lagu (dari komputer riba).

 CONTOH SOALAN

Nyatakan perasaan yang timbul akibat daripada situasi yang diberikan.

1.  Ibu Amin baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya  – sedih
2.  Hakim telah dihadiahkan sebuah basikal oleh ayahnya sempena hari jadinya yang ke 13 gembira
3.  Kasut Azmi telah hilang sewaktu dia menunaikan solat jumaat – marah
4.  Haikal telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR yang lalu  – gembira
5.   Abang Mimi telah disahkan mengidap penyakit leukimia dan kini sedang terlantar di hospital –sedih
6.  Akibat salah faham,Aidil telah dipukul oleh penduduk kampung Nyiur Sebatang yang     
   menyangka bahawa  beliaulah yang mencuri beberapa ekor kambing Pak Samad - marah
7. Hujan turut tanpa henti  selama 3 hari di Taman Perwira telah menyebabkan berlakunya banjir      
    sekaligus      merosakkan harta benda penduduk di situ – sedih
8. Akibat kecuaian pemandu bas telah menyebakan 5 orang penumpang maut dalam kemalangan
    jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran tol Senawang.- marah

No comments:

Post a Comment