RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pengurusan Tingkah Laku
Kelas : PPKI Amal
Bilangan murid : 8 orang
Masa : 1 jam (10.15 pagi – 11.15 pagi)
Tajuk : 5. Emosi
Standard Kandungan : 5.1 Mengenal emosi asas diri sendiri
Standard Pembelajaran : 5.1.1 Gembira
5.1.2 Sedih
5.1.3 Marah
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran,murid-murid dapat;
1) Mengenalpasti emosi gembira,sedih & marah dengan
menunjukkan aksi serta mimik muka yang bersesuaian
dengan emosi berkenaan.
Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) : Nilai Murni - Kerjasama,kerajinan dan keyakinan diri
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar : Video,paparan slaid,gambar,kotak beracun,komputer riba dan latihan interaktif.
Penilaian Pengajaran
Dan Pembelajaran : Murid mengecam emosi gembira,sedih & marah berdasarkan
video,gambar dan slaid yang dipaparkan.
| LANGKAH/ MASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN | BBB | CATATAN |
| Set Induksi (5 minit) | Menonton tayangan video | 1. Guru mempertontonkan video yang mempamerkan pelbagai mimik muka & emosi kepada murid-murid. 2. Guru mengaitkan video yang ditonton dengan tajuk pelajaran pada hari berkenaan. | video | |
| Langkah 1 (10 minit) | Menonton tayangan slaid | 1. Murid dipertontonkan tayangan ekspresi wajah gembira,sedih & marah. 2. Murid menyebut ekspresi wajah yang ditayangkan. 3. Guru memberi penerangan tentang definisi emosi, emosi gembira,sedih & marah. | slaid | |
| Langkah 2 (10 minit) | Pendapat murid | 1. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyatakan perkara- perkara yang membuatkan mereka rasa gembira, sedih & marah. 2. Guru membimbing murid melakukan ekspresi muka berdasarkan gambar yang dipaparkan. | gambar | |
| Langkah 3 (15 minit) | Permainan Kotak Beracun | 1. Guru memberi penerangan tentang permainan kotak beracun yang akan dimainkan oleh murid- murid. 2. Murid-murid bermain kotak beracun dengan bimbingan guru. 3. Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak beracun dengan betul diberikan pujian. | Kotak beracun & Lagu (daripada komputer riba) | |
| Langkah 4 (15 minit) | Menjawab soalan latihan interaktif | 1. Murid-murid diberikan penerangan tentang cara menjawab latihan secara interaktif. 2. Murid-murid menjawab latihan dengan bimbingan guru. | Latihan interaktif | |
Penutup (5 minit) | Rumusan | 1. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini dengan menyanyi lagu “Kalau rasa gembira”. | video |
No comments:
Post a Comment